Lemang leret, unik dan sedap

in Edisi Utara by


JITRA – Berbekalkan resipi yang dipelajari daripada gurunya, seorang warga emas, Yawaris Hanafi,60, mempertaruhkan menu lemang leret yang berasal daripada Minangkabau.


Katanya, tahun ini merupakan tahun keempat beliau mengusahakan lemang ini yang menggunakan daun pokok leret.


Jelasnya, sambutan yang diterima juga sangat memberangsangkan walaupun ada yang pelik, apabila mendengarnya kali pertama.


“Lemang leret ni lebih cepat dimasak, sebab kita guna api yang garang.. dalam 45 minit hingga sejam saja, tapi kalau nak masak elok sejam ke atas adalah lebih baik.


“Tapi yang uniknya lemang ni, kita tak payah nak pecahkan buluh bila nak makan… kita cuma tarik keluar daun leret tu saja.


“Nak makan separuh, simpan separuh lagi dalam buluh pun boleh,” katanya, ketika ditemui di gerainya di Tanah Merah, di sini.


Menurutnya, daun leret ini agak sukar didapati pada masa kini terutamanya pada musim hujan.


“Jadi tu salah satu kekangan la, kadang-kadang ada permintaan tapi daun dengan buluh pula tak ada.


“Selalunya pokok leret ni ada kat kawasan puncak bukit sahaja.. macam kat sini, kawasan Wang Tepus banyak la, kawasan-kawasan lain jarang ada,” katanya.


Yawaris berkata, lemang leret ini sangat enak dimakan bersama serunding bilis yang juga resipinya berasal dari Minangkabau.


“Serunding bilis ini menggunakan 14 campuran bahan dan dimasak sehingga betul-betul kering.


“Tetapi sebab sekarang musim durian, ramai juga yang beli lemang ni makan dengan durian. Sedap juga, ikut selera masing-masing la,” katanya yang masih menjual lemang sehingga tibanya Hari Raya Haji nanti,” katanya.

 


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]