Penebusan tiket Sunway Lagoon terima sambutan hangat

in Nasional by


BANDAR SUNWAY – [VIDEO] Keceriaan jelas terpancar pada wajah lebih seribu pembaca setia Sinar Harian ketika mereka menebus tiket percuma memasuki taman tema dalam peraduan ‘Kumpul dan Menang Sinar Harian dan Sunway Lagoon’ di sini, hari ini.


Difahamkan, terdapat pembaca beratur sejak 6 pagi malah ada juga yang datang dari Terengganu, Pahang, Perak dan Pulau Pinang semata-mata untuk merebut tiket percuma masuk ke Taman Tema Sunway Lagoon disediakan Sinar Harian dan Sunway Lagoon.


Seorang pembaca dari Terengganu, Mohd Syaiful Abdullah, 34, berkata dia sanggup datang dari Dungun semata-mata untuk menebus tiket tersebut dan membawa tiga anaknya beriadah di salah satu taman tema terbesar dan terkenal di Malaysia.


“Saya pertama kali masuk ke Sunway Lagoon, anak-anak saya pun pertama kali juga. Saya gembira kerana mereka kelihatan sangat seronok, tak sabar-sabar nak masuk bila kami sampai di pagar.


“Terima kasih Sinar Harian dan Sunway Lagoon kerana menganjurkan peraduan seperti ini,” katanya ketika ditemui semasa bersiap untuk beriadah di taman tema tersebut.


Dalam pada itu, Pengarah Pemasaran Sunway Lagoon, Michelle Gregory mengakui beliau terkejut melihat sambutan sangat menggalakkan daripada pembaca Sinar Harian yang sanggup beratur dari awal pagi untuk menebus tiket berkenaan.


Menurutnya, pihak Sunway Lagoon berasa berbesar hati kerana dapat menggembirakan hati keluarga yang datang dari jauh termasuk dari Terengganu, Pahang dan Pulau Pinang.


“Taman Tema Sunway Lagoon ini adalah untuk keluarga dan hari ini saya nampak ramai keluarga beratur dan tebus tiket ini, malah ada warga emas juga datang bersama cucu mereka. Pada saya, itulah makna sebenar taman tema.


“Sunway Lagoon misalnya adalah tempat untuk keluarga beriadah. Semua orang boleh datang dan bergembira di sini. Kerjasama sebegini adalah sesuatu yang harus kita teruskan pada masa depan.


“Bagi saya, ini adalah cara untuk Sunway Lagoon memberi kepada masyarakat. Buat besar-besaran mungkin agak sukar tapi ini adalah cara kita beri peluang kepada mereka, beri kegembiraan kepada rakyat,” ujarnya.


Setakat jam 4 petang tadi, sebanyak 1,350 tiket telah ditebus dan kaunter dibuka lagi pada esok di pintu utama Sunway Lagoon, bersebelahan kompleks membeli belah Sunway Pyramid, bermula jam 10 pagi sehingga tiket habis.


Cepat, selagi tiket masih ada!


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]