20 maut, 16 hilang ribut di Vietnam

in Global by


HANOI – VIETNAM. Terkini ribut tropika Son Tinh yang melanda Vietnam meragut 20 nyawa, 16 dilaporkan masih hilang manakala 14 yang lain cedera, kata jawatankuasa penyelamat negara itu, semalam.


Banjir akibat hujan lebat di utara Vietnam selepas ribut tropika Son Tinh Khamis lalu turut mengakibatkan Hanoi ditenggelami air.


Laporan Jawatankuasa Mencari dan Menyelamat Nasional Vietnam memaklumkan lebih 5,000 rumah rosak, dihanyutkan, tenggelam atau runtuh manakala tanaman di atas tanah seluas 82,000 hektar rosak.


Hampir 17,000 haiwan turut terbunuh di seluruh negara itu.


Menurut Jawatankuasa pengelola Pencegahan Bencana Vietnam, hujan lebat dijangka berterusan selama beberapa hari lagi. – Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]