Bermula 1 Oktober nanti

in Bisnes by


AIRASIA memperluaskan rangkaian domestiknya dari Johor Bahru dengan memperkenalkan dua destinasi baharu, Alor Setar dan Ipoh berkuat kuasa 1 Oktober ini.


Penerbangan empat kali seminggu dari Johor Bahru ke destinasi itu merupakan laluan ke-10 dan ke-11 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.


Laluan Johor Bahru-Ipoh juga menandakan perkhidmatan pertama ke ibu negeri Perak itu.


Ketua Komersial AirAsia Malaysia, Spencer Lee berkata, usaha itu tidak hanya melonjakkan kesalinghubungan antara wilayah selatan dan utara Semenanjung Malaysia tetapi turut memberi peluang kepada Johor, Kedah dan Perak meningkatkan ekonomi menerusi pelancongan.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]