Indonesia hantar pulang pesalah dadah

in Global by


JAKARTA – INDONESIA. Seorang warga Perancis yang telah menjalani hukuman penjara 18 tahun atas kesalahan menyeludup dadah ke Bali dihantar pulang ke negaranya, semalam.


Michael Blanc, 45, diberkas sehari selepas sambutan Hari Natal pada 1999 di lapangan terbang pusat peranginan itu bersama 3.8 kilogram hashish yang disembunyikan di dalam kanister alatan selam skuba.


Susulan itu, dia dikenakan hukuman penjara seumur hidup.


Bagaimanapun, hukuman tersebut dikurangkan kepada 20 tahun dan turut mendapat parol pada 2014.


Bekas tukang masak itu tiba di lapangan terbang Jakarta dengan diiringi pegawai imigresen dan ditemaninya ibunya, Helena Le Touzey yang sanggup berpindah dari Perancis ke Indonesia untuk berkempen menuntut pembebasannya selama hampir dua dekad. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]