Korban Son Tinh cecah 20 orang

in Global by


HANOI – VIETNAM. Sekurang-kurangnya 20 terbunuh dan 14 yang lain cedera manakala 16 dilaporkan hilang selepas ribut tropika Son Tinh membadai Vietnam, menurut jawatankuasa penyelamat, semalam.


Hujan lebat yang melanda utara negara itu pada Khamis lalu telah menyebabkan banjir di kawasan tepi pantai dan ibu negara turut tenggelam.


“Lebih 5,000 rumah musnah, dihanyutkan atau runtuh dalam kejadian itu. Kira-kira 82,000 hektar kawasan pertanian juga terjejas dan hampir 17,000 haiwan ternakan musnah,” menurut laporan jawatankuasa itu lagi.


Sementara itu, Jawatankuasa Pencegahan Bencana memaklumkan hujan lebat dijangka berterusan untuk tempoh beberapa hari lagi. – Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]