Masjid terima sumbangan van jenazah

in Edisi Utara by


AYER HITAM – Masjid Ar Rahman Kerpan di sini, menerima sumbangan sebuah van jenazah yang diwasiatkan oleh salah seorang ahli kariah mereka, Said Othman.


Setiausaha Jawatankuasa Masjid, Sabri Safie berkata, van berkenaan diwakafkan untuk kegunaan ahli kariah dan masyarakat sekitar yang memerlukan.


Katanya, van tersebut disampaikan oleh Marzuki Said yang mewakili adik beradik yang lain menunaikan wasiat ibu bapa mereka.


“Van ni masih dalam keadaan yang baik dan pihak waris telah melakukan baik pulih sepenuhnya,” katanya.


Menurutnya, pihak masjid amat menghargai sumbangan itu kerana telah sekian lama tidak mempunyai van jenazah sendiri.


“Sebelum ini ahli kariah terpaksa bergantung kepada van dari kariah berdekatan jika berlaku kematian.


“Alhamdulillah, sekarang pihak masjid mempunyai fasiliti yang cukup untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk ahli dan masyarakat sekitar,” katanya.

 


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]