Sukamiskin penjara mewah pesalah rasuah?

in Global by


BANDUNG – INDONESIA. Apabila disebut penjara, kita membayangkan kehidupan disebalik tirai besi yang tiada kebebasan, namun bagi sebuah penjara di Indonesia, banduannya mendapat layanan istimewa.


Penjara Sukamiskin di Bandung yang dikhususkan untuk pesalah rasuah, dilaporkan menawarkan ‘pakej istimewa’ untuk para penghuninya.


Dengan bayaran sebanyak Rp200 juta (RM56, 069) hingga Rp500 juta (RM140, 172) banduan boleh mendapatkan ‘sel penjara mewah dan pakej bebas keluar masuk penjara’


Menerusi ‘bayaran’ itu, banduan di penjara yang terletak di Jalan AH Nasution Kota Bandung itu akan memegang sendiri kunci sel penjara, membolehkan mereka bebas keluar dan masuk sesuka hati.


Bagaimanapun, ‘kegembiraan’ mereka tidak kekal lama apabila Timbalan Pengerusi Komisi Pemberantasan Korupsi Indonesia (KPK) Laode Muhammad¬† Syarif memaklumkan KPK telah menahan empat suspek iaitu ketua penjara berkenaan, seorang staff penjara dan dua banduan yang sedang menjalani hukuman tetapi berada di luar penjara.


Ketua Penjara Sukamiskin, Wahid Husen yang baru empat bulan menjawat jawatan itu ditahan Sabtu malam di rumahnya di Bandung dan KPK turut menemui wang berjumlah ratusan juta rupiah dan juga sebuah kereta dipercayai berkaitan bayaran pakej berkenaan.


Hasil siasatan dan serbuan pasukan KPK di penjara itu semalam mendapati terdapat beberapa sel penjara telah diubahsuai seperti bilik hotel untuk banduan yang membayar pakej berkenaan.


Antara banduan yang ditahan di penjara mewah itu ialah suami kepada artis popular Indonesia era 1990an, Inneke Koesherawati, Fahmi Darmawansyah, seorang usahawan yang dijatuhi hukuman penjara 2 tahun 8 bulan atas kesalahan rasuah pada Mei tahun lepas.


Rakaman video menunjukkan sel penjara Fahmi yang sempit dilengkapi penghawa dingin, televisyen, peti sejuk serta katil yang empuk.


Sementara itu, Kementerian Kehakiman dan Hak Asasi Manusia, Aidir Amin Daud turut mengesahkan serbuan yang dilakukan pihak KPK di penjara berkenaan. – Tempo.co


Source: SH Global

[featured-video-plus]