11 pemandu bas mini maut diserang hendap

in Global by


JOHANNESBURG – AFRIKA SELATAN. Seramai 11 orang dilaporkan maut, manakala empat lagi cedera selepas seorang lelaki tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang membawa sekumpulan pemandu bas mini di wilayah KwaZulu Natal.


Menurut pesuruhjaya polis kebangsaan, Khehla Sitole, kesemua mangsa diserang hendap ketika dalam perjalanan pulang ke Johannesburg selepas menghadiri majlis pengebumian rakan mereka Sabtu lalu.


“Laporan awal menunjukkan 11 mangsa yang merupakan pemandu bas mini adalah daripada 17 individu yang menghadiri majlis pengebumian itu.


“Empat lagi mangsa cedera parah, sementara dua lagi tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.


Operasi memburu pihak yang bertanggungjawab sudah dilancarkan dan pihak polis kini menunggu hasil siasatan lengkap sebelum membuat spekulasi mengenai motif kejadian.


Bas mini adalah pengangkutan penting bagi jutaan rakyat Afrika Selatan, dan insiden keganasan sering terjadi antara sesama pemandu berikutan saingan merebut laluan yang lebih menguntungkan. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]