Arroyo dilantik Speaker Dewan Perwakilan Rakyat

in Global by


MANILA – FILIPINA. Bekas presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo, hari ini dilantik Speaker Dewan Perwakilan Rakyat selepas ahli parlimen melakukan langkah dramatik menggantikan orang setia kepada Presiden Rodrigo Duterte dengan salah seorang sekutu beliau paling berpengaruh.


Penyingkiran Pantaleon Alvarez bertujuan untuk memberi laluan politik kepada Arroyo yang menjadi titik penting dalam usaha Duterte untuk mengukuhkan kuasanya dan memastikan dasar perundangan beliau dan pembaharuan utama dalam Perlembagaan.


Arroyo, 71, yang memegang kuasa pada 2001 hingga 2010 dan pernah ditahan selama lima tahun akibat kesalahan rasuah mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Perwakilan Rakyat pertama selepas beliau memperoleh 184 undi sokongan manakala 48 menolak dan 12 berkecuali.    


Beliau kini menjadi individu keempat paling berkuasa di Filipina akan mengukuhkan lagi kedudukan Duterte kerana Arroyo mempunyai hubungan yang baik dengan beberapa pengkritik khususnya uskup Katolik berpengaruh. – Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]