Lelaki miliki pistol tiruan ditahan

in Edisi Johor by


JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lelaki kerana memiliki pistol tiruan dalam serbuan di rumahnya di Kampung Denai Aman, di sini, malam tadi.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata, lelaki itu ditahan pada 11.45 malam oleh sepasukan anggota Balai Polis Kempas selepas menerima maklumat awam.


“Hasil pemeriksaan di dalam rumah tersebut, polis menemukan sepucuk pistol tiruan jenis Python 357 Magnum CTG yang disimpan di dalam sebuah almari,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.


Beliau berkata lelaki itu didapati negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata tiruan.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]