Lokman mampu bawa suara rakyat

in Politik by


KUALA LUMPUR – Calon BN dalam PRK Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam mampu menjadi pemantau kerajaan Pakatan Harapan dengan lebih berkesan sekiranya rakyat memilih beliau sebagai Adun Sungai Kandis.


Keyakinan itu disuarakan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Dr Noraini Ahmad yang berpendapat Lokman juga mampu membawa suara rakyat Sungai Kandis dengan lebih baik.


Menurutnya, latar belakang calon BN itu yang banyak bergerak sebagai aktivis selain mudah mesra dengan rakyat bakal membantu beliau memainkan peranan lebih utama dalam Dun Selangor.


[ARTIKEL BERKAITAN: Lokman Noor Adam calon BN Sungai Kandis]


[ARTIKEL BERKAITAN: Calon BN akui peluang menang tipis]


“Lokman juga boleh menjadi pendesak kepada kerajaan baharu berdasarkan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat.


“Sekarang kita memerlukan seorang wakil rakyat yang boleh jadi pemantau kepada pihak kerajaan dan membawa suara rakyat kepada peringkat yang lebih tinggi,” katanya memetik laporan Utusan Online.


PRK Dun Sungai Kandis menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara Lokman, calon Bebas, K Murthy serta calon dari PKR, Mohd Zawawi Ahmad.


Pilihan raya itu dijalankan berikutan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei yang meninggal dunia akibat kanser limfomfa, awal bulan ini.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]