PKNP gagal saingi JDT di Ipoh

in Sukan by


IPOH – PKNP FC gagal meraih tiga mata apabila tewas tipis 1-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Perak, malam tadi.


PKNP FC yang membariskan beberapa pemain skuad Piala Presiden mempamerkan aksi memberangsangkan biarpun berdepan kesebelasan utama pelawat.


Bagaimanapun, aksi babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan setelah beberapa percubaan yang dilakukan gagal menepati sasaran.


Bersambung babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan mula menggandakan asakan ke gawang lawan masing-masing untuk membuka jaringan.


JDT akhirnya memecah kebuntuan hasil jaringan pemain importnya Fernando Andreas Marquez pada minit ke-73 sebelum dua minit berselang, pemain gantian Syafiq Ahmad meledak gol kedua pada minit ke-75.


Ketinggalan dua gol bagaimanapun tidak melemahkan semangat kesebelasan PKNP apabila pemain gantian Fandi Ahmad berjaya melepasi pertahanan pelawat sebelum merembat melepasi jangkauan penjaga gawang JDT, Izham Tarmizi Roslan.


Gol penyamaan berkenaan mula menyemarakkan semangat kesebelasan PKNP untuk terus mengasak bagi menyamakan kedudukan, namun benteng JDT diterajui Aidil Zafuan Razak kental bertahan hingga ke wisel penamat.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]