SST, GST 'sakitkan' rakyat: Abdul Hadi

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Pas mendakwa tindakan kerajaan mahu memperkenalkan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tidak akan membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.


Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) berkata, sebaliknya SST sama seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang hanya akan membuat rakyat ‘sakit’.


“Penyelesaian yang ditawarkan dalam manifesto kerajaan hendaklah ditangani bukan sekadar menukar GST kepada SST.


“Laksana mencubit tangan kanan dan kemudian mencubit tangan kiri, sakitnya sama atau lebih sakit lagi. Ia hendaklah ditangani dengan tanggungjawab bukan sekadar hanya pencukaian yang meringankan beban kerajaan bukan beban rakyat,” katanya ketika membahaskan usul titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.


Sementara itu, menjawab celahan Datuk Seri Ismail Mohamed (BN-Kuala Krau), Abdul Hadi berkata, kerajaan wajib menunaikan janji dalam manifesto PH.


“Manifesto ini memang bukan kitab suci tapi satu janji. Dalam kitab suci mewajibkan kita tunai janji.


“Ini hakikat yang perlu kita pegang, bukan sahaja orang Islam. Ia termasuk penganut semua agama,” katanya.


Dalam ucapannya, Abdul Hadi turut berharap kerajaan tidak meneruskan amalan penjajah yang hanya memberi kuasa terhad kepada kerajaan negeri.


“Pas paling berpengalaman memerintah kerajaan negeri, yang paling merasa betapa konsep federalisme yang boleh dicabul. Kita mengharapkan supaya kerajaan Pusat menghormati pilihan kerajaan negeri sekiranya kerajaan Pusat  mahu perubahan, jangan mengulangi amalan di zaman penjajah,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]