Annuar ramal PH tak kekal lama

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Kerajaan PH diramal tidak akan mampu mengekalkan kuasa sebelum penggal atau mandatnya berakhir.


Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) berkata, sejarah dunia telah membuktikan banyak kerajaan baharu tersungkur selepas mengalahkan kerajaan lama.


Beliau memberikan contoh Parti Bharatiya Janata di India yang hanya mampu bertahan tiga tahun selepas menewaskan Parti Kongress yang memerintah 30 tahun.


“Adakah kerajaan PH akan mengalami nasib sama? Kita belum tahu lagi berapa lama.


“Tetapi saya ramalkan tak sempat habiskan penggalnya kerajaan mungkin saja bertukar,” katanya ketika berucap menyokong titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.


Menurut Annuar, sehingga kini beliau tidak nampak usaha kerajaan untuk menunaikan janji-janji yang telah dibuat.


“Hari ini rakyat kembali resah apabila banyak janji tidak ditunaikan. Rakyat gusar apabila pembawaan kerajaan masih dilingkungi dengan sentimen dan usaha membalas dendam serta terbawa-bawa pendekatan kosmetik.


“Rakyat sebenarnya menunggu kerajaan membawa perubahan lebih baik kepada negara.


Kita ingin bertanya kepada kerajaan apakah janji dan sasaran untuk setidak-tidaknya mengekalkan prestasi yang telah ditinggalkan kerajaan BN,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]