Belum muktamadkan penutupan Klinik 1Malaysia

in Nasional by


PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM) belum memuktamadkan atau memberi penutupan Klinik Komuniti seperti yang tular di media sosial.


Ia berikutan proses kaji semula masih perlu dimurnikan sebelum dimuktamadkan oleh pengurusan tertinggi KKM.


Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan akan dibuat dalam masa terdekat.


“KKM memberi jaminan bahawa proses penutupan klinik yang berkaitan di bawah penjenamaan


semula ini akan dijalankan dengan tertib bagi menjamin kelangsungan perkhidmatan kesihatan,” katanya.


Menurutnya, seperti diumumkanĀ  Menteri, Dr Dzulkefly Ahmad sebelum ini, KKM sememangnya sedang dalam proses untuk mengkaji semula Klinik


1Malaysia di mana ianya akan dijenamakan semula kepada Klinik Komuniti.


“Dalam proses semakan semula ini, KKM akan turut meneliti samada menaik taraf beberapa Klinik Komunti ini kepada Klinik Kesihatan, menempatkan lebih ramai pegawai perubatan, farmasi secara berperingkat.


“KKM akan menutup beberapa Klinik Komuniti yang memenuhi syarat-syarat tertentu,” katanya.


Hari ini, tular di media sosial mengenai notis penutupan Klinik 1Malaysia di sekitar Lembah Klang.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]