Dua remaja diberkas

in Edisi by


SERDANG –  Polis berjaya menye­lesaikan lima kes kecurian motosikal di sekitar Serdang selepas memberkas dua remaja yang diipercayai terlibat dengan aktiviti jenayah itu.


Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, kedua-dua remaja berusia 18 tahun itu diberkas di Jalan Kenari, di sini, semalam.


“Ketua Balai Polis Puchong Jaya, Asisten Superitendan Chai Chee Boon bersama pasukannya menjalankan Op Cegah Jenayah Bersepadu Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang kira-kira jam 7.05 pagi telah menahan sebuah motorsikal jenis Honda C100 yang dinaiki dua remaja dalam keadaan mencurigakan,” katanya.


Ismadi berkata, pemerik­saan terhadap nombor casis motosikal tersebut mendapati ia dilaporkan hilang.


“Siasatan awal ke atas kedua-dua suspek itu telah membawa kepada rampasan seterusnya di kawasan pangsapuri Puchong Hartamas. Kita turut meram­pas sebuah lagi motosikal jenis yang sama, serta menjumpai pelbagai komponen motosikal yang elah dileraikan,” katanya.


Menurunya, modus operandi geng jenayah curi motorsikal ini adalah mereka mensasarkan motosikal jenis Honda EX 5 dan C100.


“Mereka akan tengok motosikal yang tidak berkunci atau tidak mempun­yai kunci tambahan serta ada harga pasaran, sebelum melakukan jenayah,” katanya.


Beliau berkata, pihaknya percaya geng curi motosikal aktif melakukan jenayah sejak dua tahun lalu, mereka juga tahu cara untuk menjual komponen motosikal curi ini kepada bengkel haram atau mat rempit.


“Kedua-dua remaja ini dipercayai berperanan untuk melakukan jenayah curi motosikal, manakala kerja meleraikan komponen motosikal itu pula ada ‘group’ lain,” katanya.


Ismadi berkata, setiap hari berlaku tiga atau empat kes kecurian motosikal sekitar Serdang.


“Kita percaya selepas ini ada lagi tangkapan geng curi motosikal ini, kita juga memohon orang ramai memberi mak­lumat berkai­tan kehila­­ngan motosikal bagi membantu siasatan,” katanya.


Kedua-dua remaja ini akan direman bagi mem­bantu siasatan, kes disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]