Insiden tembak Toronto: Suspek alami masalah mental

in Global by


TORONTO – KANADA. Pihak berkuasa Kanada mengesahkan identiti suspek insiden tembakan Toronto sebagai Faisal Hussain, 29, yang juga seorang penduduk tempatan.


“Kami amat berduka dengan laporan berita bahawa anak kami bertanggungjawab melakukan serangan ganas yang meragut nyawa,” tulis keluarga Faisal dalam satu kenyataan, sambil menambah pemuda berkenaan mengalami masalah mental termasuk kemurungan dan psikosis sepanjang usianya.


“Kami berusaha memberikan rawatan terbaik bagi membantu anak kami berdepan masalah itu dan tidak menyangka kejadian seburuk ini boleh berlaku,” kata mereka.


Menurut Ketua Polis Toronto, Mark Saunders, beliau tidak mahu memberikan sebarang spekulasi berhubung motif penyerang.


“Kami tidak tahu mengapa kejadian ini boleh berlaku, terlalu awal untuk membuat keputusan berhubung kejadian ini,” katanya.


Sementara itu,menurut Unit Siasatan Khas Ontario (SIU), suspek dengan bersenjatakan pistol melepaskan tembakan rambang pada jam 10 malam waktu tempatan, Ahad lalu di sepanjang jalan Danforth Avenue yang dipenuhi restoran dan tarikan mesra keluarga di kawasan kejiranan Greektown.


[ARTIKEL BERKAITAN: Insiden tembak Toronto : Sembilan ditembak, penyerang maut]


Tembak menembak dilaporkan berlaku antara suspek dan pihak polis sebelum suspek ditemui maut lebih kurang 100 meter diĀ  Danforth Avenue.


Seorang kanak- kanak perempuan berusia 10 tahun dan seorang remaja berusia 18 tahun maut dalam insiden terbabit manakala 13 yang lain cedera.


Ahli Parlimen tempatan, Nathaniel Erskine-Smith, berkata setakat ini hanya mangsa berusia 18 tahun bernama Reese Fallon, disahkan sebagai salah seorang mangsa yang maut. – BBC


Source: SH Global

[featured-video-plus]