Kebaikan daun bidara, lima purut yang diinovasikan

in Bisnes by


MSA Ikrar Enterprises muncul dengan produk mandian herba berasaskan daun bidara dan daun limau purut yang ternyata banyak kebaikan untuk kesihatan tubuh badan dan juga spiritual.  


Mohd Suhairin Adam, 47 tahun yang merupakan Pengarah Urusan syarikat berkenaan  menegaskan herba tempatan seperti daun bidara dan limau purut mempunyai khasiat serta faedah yang tersendiri jika dijadikan bahan penjagaan diri seperti gel mandian.


Kesemua bahan ini telah digunapakai sejak zaman dahulu lagi dan ia boleh sahaja didapati dikeliling rumah kita. Namun masih belum ramai yang  berani menginovasikan produk ini menjadi satu produk yang mudah digunakan tanpa mengurangkan kebaikan bahan asasnya.


Bersandarkan penyelidikan dan pembacaan beliau, Mohd Suhairin memberanikan diri menghasilkan formula gel mandian dari bahan semulajadi ini atas jenama Shuren.


“Daun bidara atau nama saintifiknya Ziziphus Mauritiana mempunyai banyak khasiat terutama dari sudut perubatan Islam.


“Daun bidara digunakan untuk memandikan jenazah, mandi junub dan bagus digunakan untuk mereka yang mengalami cirit-birit serta kencing manis.


“Selain itu, daun bidara turut digunakan perawat Islam dalam membantu proses penyembuhan penyakit gangguan ghaib-mistik,” katanya.  


Menurut beliau, penggunaan buah atau daun limau purut atau nama saintifiknya Citrus Hystrix pula bersifat anti-pertumbuhan kuman, baik diamalkan mereka yang ada penyakit darah tinggi, melembapkan kulit dan menghilangkan bau badan (body odour) serta mampu memberikan ketenangan minda.


Jelasnya, berdasarkan itu,  beliau mengambil inisiatif membuat penyelidikan selama setahun bagi menghasilkan gel mandian berkenaan.


Ujarnya, gel mandian jenama Shuren yang dirumuskan khas daripada daun bidara dan limau purut ini bertindak sebagai rawatan aromaterapi yang mampu membangkitkan kesegaran tubuh akibat kelesuan.


“Sebelum ini saya menghasilkan produk herba dari bahan lain namun tidak berjaya dipasarkan kerana pelbagai masalah,” katanya.  


Beliau menambah, oleh kerana minat yang mendalam untuk menghasilkan produk yang berasaskan herba, saya mencuba pula ramuan daripada daun bidara dan limau purut ini.


“Di zaman yang serba maju dan penggunaan teknologi digital yang secara meluas, banyak info kebaikan kedua-dua bahan asas ini boleh diperoleh. Mereka boleh layari Facebook (FB), Suhairin Adam dan Instagram (IG), Surin Herbs atau surin_adam untuk mengetahui kebaikan daun-daun ini,” ujarnya.


Selain gel mandian Shuren, MSA Ikrar Enterprise turut memasarkan produk herba kering seperti Mahkota Dewa, Tongkat Ali dan Daun Rerama.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]