Kerajaan negeri tunggu perkembangan

in Edisi by


KOTA BHARU – “Air sungai berubah, air pantai berubah, saya yakin Tun Mahathir pun berubah,” jelas Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika ditanya adakah kerajaan negeri tidak risau jika perdana menteri menolak pelaksanaan RUU355 kali ini sebagaimana pernah dilakukannya sebelum ini.


Menurutnya, sehingga kini kerajaan mengesahkan belum mengadakan apa-apa perbincangan dengan kerajaan persekutuan mengenai perkara tersebut walaupun dimaklumkan RUU355 tiada dalam senarai aturan mesyuarat Parlimen kali ini.


“Buat masa sekarang ini kita tengok dulu keadaan macam mana. Jika perlu, kita akan bincang dengan kerajaan persekutuan nanti,” katanya.


Beliau ditemui di luar dewan utama selepas sesi persidangan hari pertama Dun Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, di sini.


Sebelum ini, RUU dikatakan tidak tersenarai dalam senarai aturan mesyuarat Parlimen kali ini untuk persidangan pertama selepas PRU14, Mei lalu.


Tindakan tersebut dipolemikkan banyak pihak sehingga ada yang membayangkan kemungkinan ia akan ditolak kerajaan baharu memandangkan Tun Mahathir sebelum ini pernah menolak pelaksanaannya semasa menjadi perdana menteri keempat.


Ketika ditanya kemungkinan Mahathir menolak pelaksanaannya, Mohd Amar berkata, perjuangan untuk mencapai matlamat tersebut akan tetap diteruskan seperti biasa sehingga mereka berjaya.

 


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]