Korea Utara musnah tapak ujian roket

in Global by


WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Korea Utara dipercayai telah memulakan proses merobohkan sebahagian daripada fasiliti tapak pelancaran roket utama milik mereka.


Menurut kumpulan pemerhati dikenali sebagai ’38 North’, imej satelit komersial yang diperoleh menunjukkan Pyongyang sudah memulakan proses merobohkan bangunan di stesen pelancar Sohae.


Turut dimusnahkan,peralatan ujian enjin roket yang digunakan untuk menguji enjin bahan api cecair bagi peluru berpandu balistik dan kenderaan pelancar angkasa.


Sohae yang terletak di kawasan pantai barat laut Korea Utara, adalah lokasi ujian roket bagi menghantar satelit ke orbit.


Tindakan tersebut dianggap langkah penting susulan sidang kemuncak antara pemimpin Pyongyang, Kim Jong-un dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, yang berlangsung di Singapura, bulan lalu.


Sementara itu, Trump mengatakan beliau sangat gembira dengan kemajuan dalam hubungan dengan Korea Utara.


Pyongyang dikatakan tidak melancarkan sebarang peluru berpandu atau melakukan sebarang ujian nuklear sepanjang sembilan bulan.


Setakat ini, Korea Utara telah melaksanakan enam ujian nuklear, yang paling baru pada September tahun lepas. – BBC


Source: SH Global

[featured-video-plus]