Nik Nazmi tidak pertahan Ketua AMK

in Politik by


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada pemilihan PKR bulan depan.


Nik Nazmi, 36, berkata mengikut perlembagaan parti itu, usia beliau ketika ini tidak membenarkannya untuk mempertahankan jawatan tersebut.


“Saya terlalu tua, tidak sama seperti parti lain yang membenarkannya. Tidak ada pengecualian dalam PKR. Jadi apabila anda berusia lebih 35 tahun, anda tidak boleh bertanding dalam sayap Pemuda.


“Jadi, saya akan melihat pilihan-pilihan lain yang saya ada. Malah, saya juga telah berbincang tindakan selanjutnya dengan beberapa kawan dalam dan luar parti,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.


Proses pencalonan bagi pemilihan PKR dijangka berlangsung antara 27 hingga 29 Julai ini, sebelum proses pengundian diadakan akhir Ogos. – Bernama


Source: SH Politik

[featured-video-plus]