‘PRK Sungai Kandis, sendu….’

in Politik by


SHAH ALAM –  Masih belum ‘panas enjin’, itu yang boleh dikatakan sepanjang pemerhatian Sinar Harian hari ini di kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis.


Bahang masih tidak terasa itulah cakap-cakap orang tempatan ketika ditanya bagaimana suhu PRK kali ini.


Pemasangan bendera-bendera parti yang lazim dikaitkan dengan ‘perang’ PRK juga masih kurang kelihatan baik bendera BN mahukan PH.


Namun sejak hari penamaan, calon yang bertanding terutamanya calon BN Datuk Lokman Noor Adam dan calon PH Mohd Zawawi Mughni sudah mengatur langkah untuk mendekati pengundi.


Sejak dari awal calon-calon ini sudah mula menemui pengundi dengan pelbagai pendekatan sama ada membuat ceramah mahupun menemui pengundi dari pintu ke pintu.


Menurut penduduk tempatan yang mahu dikenali sebagai Hashim berkata, bahang PRK mungkin akan dirasai pada minggu hadapan.


“Mulai minggu depan saya fikir, kawasan Sungai Kandis akan meriah dan baru kita nampak ‘perang’ sebenarnya,” katanya.

 


Source: SH Politik

[featured-video-plus]