Rebecca namakan anak keempat Ahmet Reaggan

in Hiburan by
Pelakon, Rebecca Nur Al Islam

Rebecca namakan anak keempat Ahmet Reaggan


UMUM sedia tahu pelakon, Rebecca Nur Al Islam telah selamat bersalin anak keempat pada 18 Julai lalu.


Terbaru, pelakon yang lebih selesa dipanggil Becca itu tampil meluahkan rasa syukur kepada orang ramai.


“Assalammualaikum mummy Becca nak ucapkan terima kasih banyak di atas segala doa dan ucapan untuk baby #ARjunior.


“Terima kasih to all of you, family, friends, and my lovely followers. Thank you ambil berat,” luah Becca.


Sementara itu Becca memohon maaf kerana tidak dapat menjawab segala pertanyaan menerusi media sosial kerana keterbatasannya yang sedang melalui fasa berpantang.


“Banyak DM dan WhatsApp yang saya terima. Saya baca, maaf jika tak terbalas.


“Maklumlah mummy sibuk juga jaga diri dalam berpantang ni,” tulisnya lagi.


Pada masa sama Becca turut mewujudkan akaun Instagram anak keempatnya itu buat mereka yang mahu mengikuti perkembangannya.


“Kepada anda yang mahu tahu lebih lanjut tentang my new born baby. Anda boleh follow IG #ARjunior @ahmetreaggan segala details and full name ada di upload di IG nya nanti,” kata Becca.


Becca dan suami, Datuk Nor Azam Sulaiman mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 6, Nor Anggerik Renesmee, 5, Nor Aliff Al-Raffael, 2, selain seorang anak angkat, Nor Adam Daniel, 10.

 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]