Runtuh selepas dua jam menentang graviti

in Global by


ISTANBUL – TURKI. Sebuah bangunan kediaman setinggi empat tingkat di tengah Istanbul runtuh, semalam beberapa jam selepas ia berada dalam keadaan condong berikutan asasnya musnah akibat hujan lebat berterusan.


Gambar bangunan di daerah Sutluce di kawasan kejiranan Beyoglu seakan menentang graviti selama dua jam turut menarik perhatian petugas media.


“Ketika rakaman siaran langsung dibuat stesen TV tempatan, kedudukan bangunan itu beralih secara tiba-tiba sebelum ia runtuh di lereng akibat aliran lumpur,” menurut laporan media tempatan.


Difahamkan, penduduk bangunan yang dibina pada 1994 itu telah dipindahkan dan kawasan sekitar turut dikepung sebagai langkah berjaga-jaga.


Sementara itu, Datuk Bandar Beyoglu, Ahmet Misbah Demircan yang melawat lokasi kejadian berkata, penduduk yang terjejas akan diberikan rumah baharu.


Insiden itu jelas menunjukkan beberapa bangunan kediaman terdedah kepada gempa bumi atau gegaran kecil daripada kerja pembinaan berhampiran. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]