Tak sedar jodoh depan mata: Atikah Suhaime

in Hiburan by

Tak sedar jodoh depan mata: Atikah Suhaime


PELAKON, Atikah Suhaime tidak menganggap pertunangannya dengan penyanyi Awi Rafael terlalu cepat selepas tiga bulan menjalinkan hubungan.


Katanya kepada mStar, Atikah dan Awi sudah berkawan sejak lapan tahun sebelum mereka ke fasa yang lebih serius.


“Saya sejujurnya sudah bersedia bergelar isteri dan begitu juga Awi. Faktor tempoh hubungan kami bukan alasan kerana kami sudah lama mengenali.


“Cuma sebelum ini saya tak sedar jodoh saya di depan mata… Macam drama pula!


“Apa-apa pun semua ini berbalik kepada jodoh dan alhamdulillah kami berdua serius dengan hubungan ini,” katanya.


Dalam pada itu, majlis pernikahan yang dijadualkan pada 17 Mac tahun depan terpaksa ditangguhkan.


“Kalau diikutkan memang kami mahu mempercepatkan majlis perkahwinan walaupun baru sahaja bertunang Mac lalu tetapi banyak faktor yang perlu kami akur.


“Paling utama adalah permintaan keluarga yang ingin membuat persiapan agar majlis kami nanti meriah dan dapat dihadiri oleh semua kaum keluarga,” katanya.


Untuk rekod, pasangan itu melangsungkan pertunangan di Singapura pada 17 Mac lalu.


 


 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]