Tak suka laki orang tapi…: DSV

in Hiburan by
Datuk Seri Vida yang dikatakan rapat dengan Putra Amaris

Tak suka laki orang tapi…: DSV


HARI ini tersebar gosip hubungan yang terjalin di antara pelakon Putra Amaris dengan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV).


Ditanya kepada Vida mengenai gosip tersebut, beliau menjelaskan mereka telah lama saling mengenali.


“Kenal dah lama, adalah dalam 5 tahun tapi ketika itu saya tak layan pun.  Cuma bila saya nak casting untuk klip video baru saya tu, Amaris mesej saya lagi. Katanya dia nak kerja dengan saya.  Dari situ baru kami rapat.


“Fasal hubungan tu pula…entahlah…tak tahu nak cakap macam mana…wait and see…time will tell,” katanya.


Menceritakan mengenai status Amaris sebagai suami orang, Vida menegaskan memang dia tak suka laki orang.


“Saya pernah berada dalam situasi bermadu itu.  Saya tak suka.  Jadi sebab itulah saya tak suka laki orang tapi takut juga jika kata-kata termakan diri sendiri nanti.  Tak tahu nak cakap macam mana. 


“Buat masa ini saya go with the flow je la,” katanya.


Amaris atau nama sebenarnya Amran Ismail telah berkahwin dengan bekas ustazah pada Januari tahun ini.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]