Zahid tegur kehadiran Ahli Parlimen PH

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan anggota pentadbiran PH menghormati Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan memperbaiki kehadiran dalam sesi perbahasan di Parlimen.


Presiden Umno itu juga turut mengingatkan pimpinan PH agar menunjukkan teladan yang baik sebelum BN merampas semula kerajaan.


Katanya, sesibuk mana pun pemimpin itu, mereka harus menghormati perdana menteri selaku ketua majlis di Parlimen.


“Saya fikir biarpun kita di pihak kerajaan atau pembangkang, kehadiran di Parlimen terutamanya dalam sesi-sesi perbahasan harus diberikan keutamaan. Saya tidak memihak kerana saya dan rakan-rakan pernah berada dalam kerajaan.


“Institusi Parlimen harus dihormati, biar sesibuk mana pun tapi untuk menghormati seorang ketua majlis iaitu perdana menteri yang mengambil kepedulian menjawab soalan pertama diajukan pembangkang tanya semalam, ia bukan hanya harus diberikan sokongan moral tetapi memperlihatkan kesatupaduan, bukan hanya di kalangan jemaah menteri tetapi juga seluruh anggota pentadbiran.


“Kehadiran anggota pentadbiran PH hendaklah diperbaiki sebelum kami (BN) mengambil alih kerajaan,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.


[ARTIKEL BERKAITAN: ‘Saya akan bekerja 36 jam sehari jika saya boleh’]


Semalam, Dr Mahathir ketika ditanya adakah berpuas hati dengan jumlah kehadiran di pihak kerajaan dalam persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.


Beliau berkata: “Saya tidak pernah berpuas hati dengan apa pun tetapi saya fikir mereka perlu menambah baik dan perlu ada alasan yang sewajarnya untuk tidak hadir.” jawabnya.


Rabu lalu, ahli Parlimen daripada pembangkang mengkritik beberapa menteri dan timbalan menteri yang tidak hadir dalam sesi tengah hari persidangan Dewan Rakyat, oleh kerana Kabinet mengadakan mesyuarat mingguan mereka di Putrajaya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]