Empangan runtuh: 26 disahkan maut

in Global by


VIENTIANE – LAOS. Sekurang-kurangnya 26 disahkan terbunuh manakala lebih 3,000 perlu diselamatkan selepas insiden empangan runtuh di kawasan terpencil di Laos, menurut media tempatan, hari ini.


The Vientiane Times memetik kenyataan gabenor daerah, Bounhom Phommasane melaporkan kira-kira 2,851 penduduk telah diselamatkan.


“Kami akan meneruskan usaha mencari dan menyelamat (SAR), namun situasinya agak sukar. Jumlah kematian dijangka meningkat,” jelas laporan itu.


Media tempatan memaparkan gambar penduduk kampung yang sebahagian daripada mereka bersama kanak-kanak terperangkap di bumbung rumah dan ada yang cuba menyelamatkan diri dengan menaiki bot kayu ke wilayah Attapeu.


Difahamkan, kira-kira tujuh perkampungan kini tenggelam. – Agensi


Source: SH Global

[featured-video-plus]