Isteri Aliff Syukri takut kena kecam

in Hiburan by
Isteri Datuk Seri Aliff Syukri

Isteri Aliff Syukri takut kena kecam


ISTERI kepada usahawan dan penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid kini sudah kembali bekerja meski belum habis tempoh berpantang.


Ibu kepada empat orang cahaya mata ini berkata tindakannya itu dibuat kerana perlu menyelesaikan beberapa urusan pejabat yang memerlukan perhatiannya dalam kadar segera.


“Mama dah start kerja lah @yusoffalqardawi ikut mama pi ofis hari ni…..yusoff pun dah genap 1 bulan…


“Tapi masih berpantang juga ya masih pakai stokin masih bawa makanan pantang (kes takut kena kecam jadi i explain awal2).


“Sebab saya mmg dari anak sulung mmg jenis 30 hari je dah mula bekerja maklumlah kerja dah memanggil2 saya kat ofis tu…..sindrom mak2 sangat pakai nursing cover ke hulu ke hilir sampai lupa nak buka,” tulis Shahida di Instagram miliknya.


Terdahulu, isteri Aliff Syukri selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.15 kilogram.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]