KJ, Zahid bertegur selepas 10 hari di Parlimen

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin Abu Bakar gembira dan teruja apabila Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi buat pertama kalinya bercakap dengannya selepas insiden blok pembangkang keluar Dewan Rakyat pada hari pertama bersidang, 16 Julai lalu.


Ahli Parlimen Rembau itu, gelak besar berkongsi momen beliau ditegur oleh Presiden Umno selepas hampir 10 hari hubungan mereka ‘dingin’ di Parlimen.


“Saya happy (gembira) betul hari ini sebab Presiden Umno cakap dengan saya. Buat pertama kali lepas peristiwa blok pembangkang keluar Dewan Rakyat,tapi saya tidak sertai mereka.


“Beliau tanya saya, kamu berbahas ke hari ini, saya jawab ya,” kata Khairy sambil ketawa besar.


[ARTIKEL BERKAITAN : Khairy perjelas kenapa tidak keluar dewan]


Hari pertama Dewan Rakyat pada 16 Julai lalu, Zahid bersama beberapa anggota BN serta Pas bertindak keluar dari Dewan Rakyat sebagai tanda bantahan dan menolak proses pelantikan Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu


Namun, Khairy dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman menjadi dua ahli parlimen pembangkang yang kekal di dalam Dewan Rakyat apabila kesemua ahli Parlimen BN yang lain keluar dewan bersama ahli  Parlimen Pas sebagai tanda protes proses pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.


Mereka berdua tidak mengendahkan desakan pemimpin Umno lain yang keluar Dewan Rakyat.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]