Lokman diperlukan dalam Dun Selangor

in Edisi by


SUNGAI KANDIS – Calon BN, Datuk Lokman Noor Adam diperlukan dalam mengimbangi Dun Selangor demi rakyat negeri ini.


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Lokman seorang yang lantang dan berani menyatakan pendapat.


“Datuk Lokman yang saya kenal seorang individu yang ‘outstanding’, berani menyatakan mana yang betul mana yang salah, lantang bercakap dan berani menyatakan sesuatu pendapat.


“Ini wakil rakyat yang kita perlukan untuk wakili Sungai Kandis. Ia juga untuk memperlihatkan perjalanan demokrasi yang matang lagi sihat.


“Perbezaan pendapat itu kalau ditangani mengikut prinsip semangat demokrasi boleh membawa kepada manfaat dan kebaikan kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni 10 rumah pengundi di Kampung Sungai Kandis, hari ini.


Beliau ditemani anak perempuan, Nooryana Najwa dan menantunya, Daniyar Nazarbayev.


Najib sebelum itu diraikan oleh penyokongnya sempena sambutan hari lahir beliau dengan sebiji kek sambil diiringi Timbalan Presiden Umno, Datuk Mohamad Hasan.


Dalam pada itu, Najib berharap kempen PRK kali ini dilaksanakan secara sihat dan positif.


Beliau tidak membuat sebarang jangkaan kemenangan namun katanya amat penting untuk Dun Selangor mempunyai perimbangan suara di mana kini hanya lima kerusi dimiliki pembangkang.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]