Mujahid atur pertemuan tertutup Mufti Perlis, Ramasamy

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa akan menganjurkan pertemuan tertutup antara Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy.


Ia susulan dakwaan yang mengaitkan Ramasamy terlibat dalam gerakan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).


Mujahid berkata, pertemuan antara mereka dijangka akan diadakan bulan ini itu dengan lokasi cadangan di Putrajaya.


Katanya, kedua-dua pihak itu bersetuju mengadakan pertemuan secara tertutup selepas beliau berhubung dengan mereka baru-baru ini.


“Dua hari lepas saya berhubung dengan Ramasamy dan saya juga telah berhubung dengan Dr Maza (Mohd Asri).


“Saya baru dapat berita yang baik tadi daripada kedua-dua pihak. Mereka bersetuju untuk bertemu dengan saya sebagai orang tengah dan ia tertutup,” katanya kepada media di lobi Parlimen di sini, hari ini.


[ARTIKEL BERKAITAN: Dr Maza desak Ramasamy jawab]


Sebelum ini, Mohd Asri mendesak Ramasamy menjawab dakwaan dikaitkan dengan militan LTTE kerana rakyat bimbang sekiranya wujud mana-mana kumpulan terlibat dengan kumpulan pengganas di negara ini.


Dalam pada itu, Mujahid berkata, pertemuan tertutup dibuat selepas melihat kesan buruk jika ia dibuat secara terbuka.


“Yang penting bagi saya bukan sensasinya tetapi penyelesaian ke arah itu.


“Saya mengharapkan pertemuan enam mata antara kami dapat tamatkan semua tuduhan liar selama ini. Selagi mereka tidak bertemu, selagi itulah tular tuduhan pelbagai tanggapan,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]