Munafik 2: Sambutan hebat sehingga ke Indonesia

in Hiburan by
Trailer Munafik 2

Munafik 2: Sambutan hebat sehingga ke Indonesia


KEHANGATAN filem seram ditunggu rama pada tahun ini, Munafik 2, bermula apabila trailer rasminya telah meraih lebih 2 juta jumlah tontonan (sehingga artikel ini ditulis) di Facebook dan YoTube dalam tempoh kurang 24 jam dilancarkan pada Isnin.


Filem arahan Syamsul Yusoff yang bakal menemui penonton seluruh negara pada 30 Ogos ini ternyata mendapat maklum balas yang begitu positif daripada peminat filem seram bukan hanya di Malaysia tetapi juga negara jiran, Indonesia.


Syamsul yang juga merupakan pelakon utama filem ini meluahkan rasa syukur dan terima kasihnya atas sokongan yang diberikan terhadap buah tangan terbaharunya itu.


“Sambutan diterima bukan saja di YouTube yang berjaya mencatat lebih 80,000 tontonan tetapi turut boleh ditonton di Facebook yang kini sudah mencecah 2 juta tontonan.


“Ia adalah sesuatu yang luar biasa dan sangat bersyukur kerana tidak menyangka mendapat sambutan sebegini hebat daripada peminat tempatan dan luar negara,” katanya sebagaimana dipetik dari laporan sebuah akhbar.


Selain Syamsul, filem terbitan Skop Production ini turut menampilkan Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Datuk Rahim Razali, Fauzi Nawawi, Mawi dan lain-lain.


Perkembangan ini tentunya memberi petanda awal kepada filem ini yang dijangka bakal meraih kejayaan besar dan menjadi filem pecah panggung.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]