Pengurus ladang bebas tuduhan menculik

in Uncategorized by


TELUK INTAN – Seorang pengurus ladang dibebaskan daripada dua pertuduhan menculik dan menyembunyikan dua saksi dalam kes memperdagangkan 15 individu sebagai buruh paksa tahun lalu oleh Mahkamah Seksyen hari ini.


Hakim Norita Mohd Ardani membuat keputusan tersebut selepas pihak pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Suffian Jaafar, gagal membuktikan prima facie kes kedua-dua tuduhan ke atas L Ganis, 44, dari Bahau, Negeri Sembilan.


Tertuduh yang diwakili peguam M. Haresh dan Ramzani Idris kelihatan gembira selepas Norita turut memaklumkan wang jaminan akan dikembalikan.


Terdahulu, Ganis menghadapi dua tuduhan di mana pertuduhan pertama menculik untuk mengurung secara salah pasangan suami isteri, P Sundaram, 38, dan K Shanti, 42, pada kira-kira 3 petang Mac tahun lalu di hadapan sebuah kedai runcit di Pengkalan Hulu.


Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa menyembunyikan kedua-dua mangsa dengan menghantar mereka ke sebuah rumah kongsi di Ladang Kalvi Felda Bukit Besout 1, Sungkai bagi mengelak mereka memberi keterangan terhadapnya untuk kesalahan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]