Perkahwinan bukan satu permainan: Fadlan Hazim

in Hiburan by
Pelakon, Fadlan Hazim

Perkahwinan bukan satu permainan: Fadlan Hazim


PELAKON, Fadlan Hazim berkata, dia tidak kisah untuk berkongsi mengenai kisah peribadinya dengan peminat yang selama ini banyak menyokong perjalanan karier seninya.


Menurut pelakon popular menerusi drama bersiri Papa Ricky ini, jika ditanya tentang soal perkahwinan sekalipun dia ceritakan.


“Ya saya ok sahaja untuki berkongsi. Perkara yang baik apa salahnya.


“Standardlah dalam hidup pasti akan mencari pasangan untuk mendirikan rumah tangga dan berkeluarga,” katanya kepada Sinar Harian.


Terus diajukan soalan mengenai menamatkan zaman solo, aktor berusia 26 tahun ini meletakkan soal jodoh itu kepada ketentuan takdir.


“Ada perancangan tapi saya berserah kepada rezeki. Perkahwinan bukan satu permainan, kena faham pasangan, malah kami masih lagi saling mengenali hati masing-masing,” katanya jujur.


Fadlan dan pasangan kekasih, Julie Anne berkawan sejak dibangku sekolah menengah dan kisah cinta mereka mula berputik sejak beberapa tahun lalu.


“Pelbagai cabaran telah kami tempuh dan pernah putus kemudian bercinta balik. Alhamdulillah masih bersama sampai saat ini.


“Walaupun berlainan bangsa dan agama, alhamdulillah dia memahami,” kata Fadlan yang ditemui ketika sesi photoshoot drama bersiri Raisha di Sri Rampai baru-baru ini.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]