PH hanya pertimbang Zahid Pengerusi PAC

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Kerajaan PH hanya mempertimbangkan nama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sahaja untuk diangkat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong berkata, lantikan Pengerusi PAC di kalangan pembangkang ialah salah satu janji PH.


Namun, menurut beliau lantikan ini harus mendapat persetujuan Presiden Umno itu sendiri.


“Buat masa ini hanya seorang pembangkang saja dicadangkan untuk jadi Ketua PAC, hanya nama Zahid.


“Saya rasa ini satu janji PH, kena tanyalah sama ada beliau (Zahid) nak jadi Ketua PAC atau tidak, kalau Zahid tidak mahu, sia-sia saja,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.


[ARTIKEL BERKAITAN: Zahid bakal dilantik Ketua PAC?]


Menurutnya, cadangan ini dibuat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming kerana ia terkandung dalam manifesto PH.


“Bagaimanapun, kita harus selesaikan lantikan ini dalam sidang Dewan Rakyat sesi ini juga.


“Kita akan ada mesyuarat dengan pihak Parlimen,” jelasnya.


Semalam, Kor Ming menggambarkan Zahid akan dilantik sebagai Pengerusi PAC sebagai pelunasan janji PH.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]