RUU355: Pas kena bawa usul ke Dewan Rakyat

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Misi Pas untuk membawa Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355, kembali dibahaskan di Parlimen wajar digerakkan sendiri oleh wakil-wakil rakyat dari Kelantan.


Pengarah komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, terpulang kepada ahli-ahli Parlimen dari Kelantan untuk menyuarakan hasrat mereka berkenaan RUU355 di Dewan Rakyat.


“Suruh ahli Parlimen Kelantan bawalah usul RUU355 untuk dibahaskan di Dewan Rakyat, terpulang kepada mereka.


“Tapi bagi kami PH, usaha untuk memperkasakan mahkamah syariah diusahakan dan juga diteruskan.


“Tetapi bukan sekadar dengan menaikkan hukuman kerana saya rasa pemerkasaan mahkamah syariah memerlukan lebih daripada itu,” katanya letika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.


[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan negeri tunggu perkembangan]


Sebelum ini,Kelantan berkata akan mengadakan rundingan semula dengan Kerajaan Persekutuan (PH) bagi membolehkan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355, kembali dibahaskan di Parlimen.


Keraaan negeri Pas itu berhasrat menguji kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad sama ada boleh membantu Kelantan melaksanakan undang-undang berkenaan.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]