Tersalah peluk: Mira Filzah disangka ibu

in Hiburan by
Yana Samsudin, Mira Filzah

Tersalah peluk: Mira Filzah disangka ibu


GELAGAT putera tunggal kepada pelakon Yana Samsudin, Aisy Mateen, 2,  yang tersalah  mengecam wajah ibunya telah menarik perhatian ramai apabila video tersebut dikongsikan Yana di laman Instagramnya.


Video berdurasi 1 minit yang kini telah ditonton lebih 300 ribu orang itu menyaksikan Mateen yang selesa dalam dukungan Mira Filzah sebelum ditegur Yana sambil menghalakan rakaman video ke arah anaknya itu.


Mateen yang menyedari dia berada bersama ‘orang yang salah’ pantas menarik dan memeluk Yana sambil tersipu malu. Tidak sekadar itu, si comel itu turut mencium pipi Yana seolah-olah memohon maaf daripada ibunya.


“Mane satu mommy awak ni sebenarnya @aisymateen?” tulis Yana pada kapsyen video yang dimuat naik itu.


Menurut yana kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama terbaharu lakonannya bersama Mira Filzah.


“Dia selalu salah kalau dengan Mira,” kata Yana sambil ketawa.


Perkongsian tersebut mencuit hati ramai pengikut Yana di Instagaram yang rata-ratanya meluahkan rasa terhibur mereka dengan aksi comel Mateen.


Tidak ketinggalan yang bergurau meninggalkan komen ‘nakal’ kepada Yana.


“Anak salah takpe, jangan papa dia yang salah sudah,” tulis seorang pengikut berseloroh.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]