Turki lulus undang-undang antikeganasan

in Global by


ANKARA – TURKI. Parlimen Turki, hari ini meluluskan undang-undang antikeganasan yang mengukuhkan kuasa pasukan keselamatan untuk menahan suspek dan memelihara ketenteraman awam selepas perintah darurat dikuatkuasakan selama dua tahun berakhir minggu lalu.


Undang-undang itu menerima 284 undi sokongan daripada parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) dan parti Gerakan Nasionalis (MHP) manakala 95 menolak.


Ia juga memberi kuasa kepada kerajaan untuk menyingkirkan anggota tentera, polis dan kakitangan awam jika mereka didapati ada kaitan dengan pertubuhan pengganas.


Difahamkan, undang-undang itu akan dikemukakan kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan untuk diluluskan sebelum diterbitkan dalam warta rasmi.


Ankara menarik balik perintah darurat pada Khamis lalu selepas ia pertama kali diperkenalkan buat pertama kali 20 Julai 2016 susulan insiden cubaan rampasan kuasa yang meragut 251 nyawa. – Anadolu News


Source: SH Global

[featured-video-plus]