100 anggota bomba padam kebakaran di London

in Global by


LONDON – BRITAIN. Kira-kira 100 anggota bomba dan 15 jentera dikerah bagi memadamkan kebakaran besar di sebuah bangunan kediaman setinggi lima tingkat di Barat Hampstead hari ini.


Menurut jabatan bomba, mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 1.04 pagi waktu tempatan dan punca kebakaran di Jalan Inglewood itu masih disiasat.


Setakat ini, tidak dapat dipastikan jika kebakaran membabitkan kematian atau kecederaan.


Sementara itu, laporan BBC mengatakan pasukan penyelamat berjaya membawa keluar sekurang-kurangnya 50 orang dari blok yang terlibat.


Saksi memaklumkan kebakaran boleh dilihat walaupun dari jarak jauh. – Reuters/BBC


Source: SH Global

[featured-video-plus]