155 kes HFMD di Pahang

in Edisi by


KUANTAN – Sebanyak 155 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan di Pahang, melibatkan tujuh sekolah.


Pengarah Pendidikan Pahang Dr Tajuddin Mohd Yunus berkata, daripada jumlah itu, tujuh kes adalah kes baharu yang dikesan petang semalam.


Katanya, kes baharu itu melibatkan tiga kes di Maran, Bentong (dua kes) dan masing-masing satu kes di Temerloh dan Rompin.


“Bagaimanapun, semua sekolah yang terlibat masih dibuka seperti biasa dengan murid itu diberikan pengecualian hadir. Kita harap pelajar ini mematuhi perintah kuarantin sehingga betul-betul sembuh,” katanya.


Dr Tajuddin berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Penghargaan KOR Kadet Polis Pahang yang dirasmikan Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab Rahman.


Beliau menambah setakat ini, hanya Sekolah Kebangsaan (SK) Damak di Jerantut yang diarahkan tutup bermula Isnin lepas hingga esok, selepas 53 pelajarnya dijangkiti HFMD.


“Kita menasihatkan guru besar untuk peka dengan murid yang menunjukkan gejala penyakit itu supaya tindakan segera boleh dilakukan untuk mengelakkan penularannya,” katanya. – Bernama


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]