35,000 unit rumah PR1MA

in Edisi by


KUANTAN – Kerajaan negeri telah melaksanakan 109 Projek Perumahan Prima membabitkan 35,803 unit menjelang 2023.


Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Abd Rahim Muda berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 15,000 unit telah dibina.


Jumlah itu katanya mencapai sasaran pembinaan tahun ini.


“Rumah di bawah Projek PR1MA Pahang ini berharga RM150,000 dilengkapi tiga bilik dan dua bilik air. Ia amat murah berbanding projek perumahan swasta. Perumahan ini khas untuk pemohon rumah pertama yang berpendapatan bawah RM5,000.


“Sementara itu, sebanyak 4,000 unit rumah Projek Perumahan Makmur berharga RM80,000 siap dibina dan dalam proses menduduki,” katanya ketika sesi penggulungan sidang Dun di Wisma Pahang di sini, semalam.


Menurutnya, kerajaan juga akan mengenal pasti rumah yang dijadikan rumah tumpangan oleh pemilik atau pembeli bagi memastikan mereka tidak mengambil kesempatan di atas kemudahan yang diberikan kerajaan negeri.


“Ini kerana rumah tersebut untuk diduduki golongan kurang berkemampuan. Kita  mendapat makluman terdapat rumah yang dibeli di Cameron Highlanda ada yang dijadikan homestay untuk menjana pendapatan. Ini akan dikenal pasti.


“Begitu juga dengan rumah sewa yang mencecah tunggakan sehingga RM9.7 juta. Jawatankuasa perumahan akan kenal pasti kenapa mereka tidak dapat membayar sewa ini. Kita merangka strategi untuk membuat kunjungan dan mengenalpasti permasalahan mereka,” katanya.

 


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]