Baiki tebing sungai atasi masalah banjir

in Edisi by


GURUN – Penduduk Taman Harmoni Jerai kini mampu menarik nafas lega apabila projek membaiki tebing sungai sudah mula dilaksanakan.


Penyelaras Dun Gurun, Muzaini Azizan berkata, penduduk di taman berkenaan sebelum ini terpaksa berhadapan dengan banjir kilat sekiranya berlaku hujan lebat.


Katanya, kerja-kerja pembaikan sungai sedang dilakukan dan dijangka siap dalam masa terdekat.


“Kita cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah rakyat satu persatu,” katanya.


Menurut Muzaini, kerja pembaikan sungai sepanjang tiga kilometer itu bakal memberi kebaikan buat penduduk yang tinggal di atas tanah rizab sungai juga.


“Kalau keadaan ini tidak diselesaikan segera penduduk akan terus memghadapi masalah air naik.


“Ada juga penduduk yang tinggal seorang diri perlu bersusah payah menyelamatkan diri dan barang berharga sekiranya hujan lebat,” katanya.


Muzaini berkata, pihaknya turut memberi perhatian atas masalah penduduk yang lain namun ia memerlukan masa untuk penelitian.


“Kita akan bantu semua penduduk tanpa mengira fahaman politik dan Insya-ALLAH masalah penduduk akan diberikan keutamaan,” katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]