Bakal pengantin cari bapa kandung

in Edisi Utara by


SUNGAI PETANI – Anak kelapan dari sembilan beradik dari Taman Bandar Baru, Sungai Lalang di sini memohon orang ramai membantu menjejaki bapa kandung bagi memudahkan proses pernikahannya.


Nurhidayah Ismail, 21, berkata, dia mencari bapanya, Ismail Abu Bakar, 57, berasal dari Kampung Batu Besar, Sik yang tidak diketahui berada di mana ketika ini sepertimana prosedur ditetapkan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda.


Sebelum ini menurutnya, dia pernah cuba mencari ayahnya itu sekitar kampung halaman termasuk ke Ipoh, Perak dan Pahang, namun gagal ditemui.


“Sebelum ini dah banyak tempat kami cari tetapi tak jumpa juga,” katanya.


Sementara itu, ibunya, Saadiah Hashim, 51, berkata, kali terakhir menemui bekas suaminya ialah beberapa tahun lalu, yang pulang secara tiba-tiba.


“Lepas tu, saya langsung tidak mengetahui perkembangan terkini mengenainya. Ada yang cari di kampung asal di Sik tapi depa habaq dah lama dia tak balik.


“Saya minta kalau dia ada berdekatan boleh balik untuk urus hal anak,” katanya.


Menurut Nurhidayah, segala prosedur lain telah dipatuhi bagi memudahkan urusan pernikahan termasuk membuat pemeriksaan kesihatan serta melengkapkan dokumen diperlukan.


Dia dan bakal suami telah menetapkan untuk bernikah pada 23 Julai lalu namun disebabkan kegagalan menemui bapanya, urusan berkenaan terpaksa ditunda.


“Saya berharap agar urusan ini dipermudahkan,” katanya.


Sebarang maklumat boleh berhubung menerusi talian 013-4396002.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]