Di mana ibu kandung Puteri Humaira?

in Edisi Johor by


JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri berusaha mencari ibu kandung anak angkatnya, Puteri Humaira Qistina, 4, bagi mempermudah proses angkat sumpah pengambilan anak angkat.


Mohd Affendi Mohamed Salleh, 45, seolah-olah menemui jalan buntu apabila tidak dapat menghubungi ibu kandung anak angkat yang dijaga sejak dilahirkan.


Menurutnya, pada 23 Januari 2014, seorang wanita telah menyerahkan bayi perempuan di Sungai Udang, Melaka kepada abang iparnya, Raja Ahmad Mohamad Raja Sulaiman,46.


“Bagaimanapun, abang ipar saya kemudiannya serahkan kepada saya dan isteri, Raja Zainab Raja Sulaiman, 42, pada 29 Ogos 2014 untuk menjaganya.


“Berdasarkan maklumat yang diperoleh ibu kandung anak ini bernama Mia Sajat, 41, dan dipercayai masih tinggal di Sungai Udang namun tidak diketahui lokasi atau kampung sebenarnya.


“Pada hari abang ipar menerima bayi tersebut, ia hanya disertakan satu sijil pendaftaran kelahiran serta surat akuan bersumpah namun, tiada sebarang surat pengesahan dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyebabkan ia seperti tidak lengkap serta tidak mengikut prosedur yang betul,” katanya.


Mohd Affendi berharap ibu kandung anak angkatnya itu dapat menghubunginya di talian 011-56533010.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]