Isu kenyataan PRK Langkawi: Annuar minta maaf

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mempertahankan kenyataannya bahawa mungkin akan berlaku PRK lain di tempat lain termasuk Langkawi.


Katanya, beliau tidak hanya menyebut Langkawi tetapi juga kawasan lain iaitu Ketereh dan Bera.


Bagaimanapun, Annuar berkata, beliau memohon maaf sekiranya kenyataan beliau menyinggung perasaan mana-mana pihak.


“Saya kata PRK ini berlaku kerana takdir Ilahi, ia boleh berlaku di mana-mana saja. Saya sebut Langkawi, saya sebut Ketereh dan Bera.


“Tetapi jika ada yang tersinggung saya minta maaf,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.


Sebelum ini, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menegur kenyataan Annuar yang mengatakan kononnya selepas PRK Sungai Kandis akan berlakunya lagi PRK.


Katanya, apa yang lebih menyedihkan adalah kenyataan pemimpin itu yang menyatakan bahawa selepas ini akan berlaku PRK di Langkawi (merujuk kepada kerusi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad).


[ARTIKEL BERKAITAN: ‘Mukhriz tegur kenyataan lepas ini PRK Langkawi pula’]


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]