Johan As'ari pilih gadis Perlis bakal isteri

in Hiburan by
Pelakon, Johan As’ari

Johan As’ari pilih gadis Perlis bakal isteri


PELAKON, Johan As’ari memberitahu dia kini sudah mempunyai teman wanita setelah sekian lama single.


Jelasnya lagi, bakal suri hatinya itu mempunyai ciri-ciri yang menarik membuatkan Johan, 31, bersedia untuk menjadikannya sebagai isteri yang sah.


“Saya sekarang tak solo lagi, sudah ada teman wanita dan calon isteri. Malah ayah saya juga setuju dan merestui hubungan kami berdua.


“Bagi saya dia seorang yang pandai berdikari dan memahami saya.


“Justeru saya dah bersedia untuk menjadikan dia sebagai pasangan hidup yang sah,” kata Johan kepada Sinar Harian.


Terus ditanya lagi mengenai hubungan itu, Johan bagaimanapun berkata, buat masa ini nama wanita itu biarlah dirahsiakan terlebih dahulu.


Tambah Johan, dia akan melamar wanita tersebut selepas mengikuti kursus perkahwinan.


“Insya-ALLAH doakan jodoh saya dengan dia kuat.  Apa yang saya boleh beritahu, dia anak dara, orang Perlis, usia lebih kurang saya. dan seorang ahli perniagaan.


“Kami dah rancang akan mengikuti kursus perkahwinan, kemudian jika sama-sama ada persefahaman, tunggulah peringkat seterusnya nanti, insyaALLAH,” katanya ringkas sambil tersenyum.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]