Kelantan tolak UEC

in Nasional by


KOTA BHARU –  Kerajaan Kelantan melihat kedaulatan bahasa dan bangsa Melayu harus dikekalkan, sekali gus menolak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) sebagai salah satu kelayakan menyertai perkhidmatan awam.


Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, apa dinyatakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang tidak bersetuju dengan UEC adalah sesuatu yang baik demi memastikan tiada anasir boleh merosakkan Dasar Pendidikan Kebangsaan.


“Kita mesti berhati-hati (isu UEC) kerana membabitkan ketuanan Melayu dan bahasa Melayu. Pihak tertentu bagus memberi pandangan seperti ini (menolak UEC) sebelum ia berlaku.


“Berilah apa pandangan yang terbaik supaya bahasa Melayu dikekalkan dan dengan adanya UEC ini, kita lihat mungkin sesuatu yang mudah untuk mereka yang bukan Melayu berada dalam perjawatan awam tanpa mempunyai kemahiran bahasa Melayu,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Infaq: Asnaf dan Anak Yatim di Masjid Kota Darul Naim, di sini, hari ini.


Sebelum ini media melaporkan kenyataan Harussani yang kecewa dengan cadangan kerajaan untuk mengiktiraf UEC.


Harussani dipetik berkata, pengiktirafan itu akan membuka ruang cukup besar kepada kaum lain, menimbulkan semangat perkauman yang boleh merosakkan suasana harmoni di negara ini.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]