Lembaga Pengarah Khazanah letak jawatan

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Berhad mengesahkan semua sembilan ahli lembaga pengarah termasuk Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar telah meletakkan jawatan.Dalam kenyataan akhbar, Khazanah berkata, langkah tersebut adalah bagi memudah cara peralihan yang lancar dan teratur di bawah kerajaan baharu.


“Ahli Lembaga Pengarah berbesar hati telah diberi peluang untuk berkhidmat dan merasakan adalah lebih tepat untuk menawarkan kerajaan baharu hak untuk membentuk lembaga pengarah yang  baharu.


“Kami akan mengeluarkan kenyataan lanjut selepas kami mendapat butiran mengenai pembentukan Lembaga Pengarah baharu,’’ kata Khazanah, hari ini.


Menurut laporan media, pada mesyuarat semalam, yang dipengerusikan pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah, Tan Sri Mohammed Nor Md Yusof membuat keputusan sebulat suara bahawa kerajaan baru PH pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang memenangi pilihan raya umum 9 Mei lepas, harus dibenarkan untuk menentukan struktur kepimpinan baru dana kerajaan itu.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]